Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lori yang terbabas di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia petang semalam menyebabkan 11 orang maut. Foto Polis Semarang

11 maut dirempuh lori hilang kawalan di Jawa Tengah

JAKARTA, 22 Nov: Seramai 11 orang terkorban dalam kemalangan melibatkan lori merempuh 13 kenderan lain di kawasan Ngaliyan, Semarang, Jawa Tengah pada Khamis.

Menurut Pengarah Unit Trafik Polis Semarang, Yunaldi, pemandu lori itu disyaki tidak menyangka keadaan jalan yang menurun hingga kenderaan berat terbabit hilang kawalan.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu lori itu hilang kawalan kerana jalan menurun dan kemudian lori itu merempuh sebuah kenderaan serta beberapa kedai dan ketika itu terdapat ramai orang,” katanya.

Katanya lagi, lori berkenaan membelok ke kiri, melanggar sebuah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan merempuh beberapa kedai menyebabkan kerosakan teruk.

Sementara itu, dua orang lagi dilaporkan cedera parah dan menerima rawatan di hospital tempatan.

Polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapatkan bukti serta punca kemalangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan