SRI AMAN, 21 Nov: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar ke kebunnya di Rumah Panjang Ringgit Ibol di sini, pada Rabu.
Komander Operasi, Mohamad Fadhli Buyong berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.34 pagi tadi dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.
Menurutnya, mangsa, Niang Lasa,75, memberitahu mahu pergi ke kebun miliknya di Sungai Raya Ibol pada jam 11 pagi.
“Semasa keluar rumah mangsa tidak menggunakan baju dan hanya menggunakan seluar panjang dan membawa parang.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan hari ini,” katanya selain memberitahu mangsa mempunyai sejarah sakit jantung menerusi kenyataan hari ini.
Katanya SAR dimulakan dan radius awal pencarian adalah dalam lingkungan lima kilometer.
Turut serta dalam operasi SAR itu ialah pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung. – TVS