Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Bernama

Wanita ditemukan dalam peti sejuk maut akibat kecederaan di dada – Polis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Laporan awal bedah siasat mayat wanita yang ditemukan dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG di sini, mendapati mangsa meninggal dunia kerana kecederaan pada dada akibat objek tumpul.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mayat wanita itu juga telah diserahkan kepada suaminya di Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata laporan penuh bedah siasat yang boleh membantu menjelaskan garis masa waktu mangsa meninggal dunia dan diletakkan di peti sejuk beku masih belum diperoleh.

“Setakat ini sebanyak sembilan rakaman percakapan telah dibuat bagi membantu melengkapkan siasatan. Kita tunggu laporan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata reman suspek yang juga anak lelaki kepada mangsa disambung tujuh hari hingga 26 Nov ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek telah keluar dari PPUM pada 6.15 petang semalam dan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields,” katanya.

Suspek berusia 53 tahun itu ditahan pada 12 Nov lepas, susulan penemuan mayat wanita pada 8.45 pagi dan direman bermula 13 Nov lepas.

Rusdi sebelum ini dilaporkan berkata suspek yang dirawat di PPUM selepas ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan polis masih menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital serta laporan bedah siasat tehadap mayat mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan