Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Pemangku Peguam Negara, Matthew Whitaker. Foto AFP

Trump namakan bekas Peguam Negara Whitaker sebagai Duta AS ke NATO

ByBernama

WASHINGTON, 21 Nov: Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku Peguam Negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaan Matt untuk mewakili Amerika Syarikat dengan Kekuatan, Integriti, dan Dedikasi yang tidak berbelah bahagi,” kata Trump dalam satu kenyataan.

Whitaker ialah seorang peguam dan pernah memegang jawatan sebagai pemangku peguam negara untuk beberapa bulan semasa penggal pertama Trump selepas bekas presiden itu memecat peguam negaranya ketika itu, Jeff Sessions susulan siasatan terhadap kemungkinan wujudnya pakatan sulit antara Rusia dan pasukan kempen Trump menjelang pilihan raya 2016.

Pelantikan Whitaker mendapat perhatian ramai memandangkan komen Trump tentang NATO.

Trump telah lama menjadi pengkritik terhadap pakatan pertahanan Barat itu, mendakwa banyak anggota Eropah bersikap seperti ‘penumpang percuma’ yang tidak membayar sumbangan mereka, sebaliknya bergantung kepada pembayar cukai AS.

Semasa kempennya baru-baru ini, Trump berkata beliau akan “menggalakkan” Rusia “melakukan apa sahaja yang mereka mahu” terhadap negara-negara NATO yang tidak membelanjakan dana mencukupi untuk pertahanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan