Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,581 orang malam tadi. Foto hiasan Envanto

Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 21 Nov: Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,581 orang malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan di daerah Kemaman yang paling terjejas, sebanyak 2,566 mangsa daripada 641 keluarga masih berlindung di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Balairaya Meraga Beris, Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik, Darul Iman Training Centre (DITC), Balairaya Beris Nenas dan Balairaya Padang Kemunting.

Di Marang pula hanya 13 mangsa daripada empat keluarga masih berlindung di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai.

Sementara itu menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my paras air sungai di Sungai Tumpat, Kampung Baru Kemasik, Kemaman telah melebihi paras amaran.

Selain itu, paras air di beberapa sungai lain juga telah mencapai paras waspada, termasuk: Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1), Kuala Terengganu, Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1), Hulu Terengganu, Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang, Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu dan Sungai Nenas di Kampung Bukit, Setiu.

Oleh itu, penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan