Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penjawat awam di Sarawak menyambut baik pengumuman Bantuan Khas Kewangan (BKK) dalam Belanjawan Sarawak 2025. Foto TVS

Penjawat awam rasa dihargai, bersemangat terus beri khidmat terbaik

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 21 Nov: Penjawat awam di Sarawak menyambut baik pengumuman Bantuan Khas Kewangan (BKK) dalam Belanjawan Sarawak 2025 yang diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Inisiatif bantuan tersebut diberikan untuk menghargai sumbangan dan jasa penjawat awam Sarawak dalam memastikan kelancaran pentadbiran negeri dan persekutuan di Sarawak.

Bonny Martin Saging Mato, 44, berkata, bantuan tersebut amat dialu-alukan dan merupakan tanda penghargaan besar daripada Kerajaan Sarawak kepada mereka.

“Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Premier kita (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) yang sudi memberi sumbangan sebanyak RM700 kepada kami di sektor awam persekutuan.

“Tahniah juga kepada penjawat awam negeri yang menerima bonus dua bulan dan ia menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan kami semua.

“Kami amat menghargai bantuan ini dan berharap inisiatif ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Zanalia Natasha Raduan, 26, turut menyatakan penghargaan mendalam terhadap BKK terutamanya menjelang hujung tahun yang biasanya memerlukan perbelanjaan yang lebih.

“Bantuan khas ini sangat membantu semua penjawat awam Sarawak. Kami amat bersyukur kerana Premier Sarawak sentiasa prihatin dengan keperluan kami di sektor awam khususnya dengan jumlah bantuan yang besar ini,” ujarnya.

Aziana Lasa, 33, pula berharap insentif tersebut dapat diteruskan bagi meningkatkan perkhidmatan awam Sarawak pada masa hadapan.

“Semoga negeri kita akan menjadi lebih maju dan makmur agar lebih banyak inisiatif kerajaan dapat disalurkan kepada kami penjawat awam serta rakyat Sarawak secara keseluruhannya,” ujarnya.

Bagi Norlina Alfan, 40, menghargai insentif tersebut bagi menghargai penjawat awam di Sarawak.

“Sebagai anak perantauan, saya amat berterima kasih kerana BKK ini tidak hanya untuk kakitangan negeri tetapi turut merangkumi kakitangan persekutuan di sini. Ia membuatkan saya rasa dihargai walaupun jauh dari kampung halaman,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan