Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pengarah syarikat berusia 20-an di sini kerugian sebanyak RM33,998 selepas terperangkap dalam penipuan jualan atas talian. Foto hiasan Envato

Pengarah syarikat rugi RM33,998

SIBU, 21 Nov: Seorang pengarah syarikat berusia 20-an di sini kerugian sebanyak RM33,998 selepas terperangkap dalam penipuan jualan dalam talian membabitkan individu yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Pertanian Malaysia.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa menerima mesej WhatsApp daripada suspek yang menawarkan kontrak pembekalan barangan dengan syarat pembelian dilakukan melalui syarikat pihak ketiga.

“Mangsa membuat dua pembayaran pada 15 dan 18 November ke akaun yang diberikan suspek.

“Namun, setelah menghubungi pejabat Jabatan Pertanian Sarikei, mangsa menyedari tiada kontrak seperti yang didakwa,” kata Zulkipli dalam kenyataan hari ini

Katanya, modus operandi sindiket adalah menyasarkan syarikat pembekal dengan menyamar sebagai agensi kerajaan untuk memperdaya mangsa.

Zulkipli berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Sehingga kini, sebanyak lapan kes serupa dilaporkan di Sibu tahun ini melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM102,935.

“Kes ini biasanya menggunakan nama agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, JKR, dan Jabatan Kesihatan,” jelasnya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap tawaran perniagaan yang mencurigakan dan membuat pengesahan dengan agensi berkaitan sebelum membuat sebarang pembayaran.

Untuk mendapatkan bantuan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 atau menyemak nombor akaun mencurigakan di laman web rasmi https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan