SRI AMAN, 21 Nov: Seorang pemuda yang menghidap penyakit sawan dikhuatiri hilang selepas tidak balik ke rumah di Rumah Panjang Sekot Sebangkoi Undop di sini sejak Selasa.
Komander Operasi Chimiam Duyu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7 pagi tadi dengan menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.
“Pada jam lebih kurang 10 pagi mangsa, Jackson Bar Runi,23, telah keluar rumah dan tidak memberitahu kepada ahli keluarga ke mana dia pergi.
“Mangsa menghidapi penyakit sawan. Pakaian semasa mangsa keluar rumah menggunakan baju bewarna putih,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini dimulakan dan radius awal pencarian adalah dalam lingkungan tiga kilometer.
Turut serta dalam operasi SAR itu ialah polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.-TVS