Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan ngeri. Foto APM Sarikei

Lari pemeriksaan polis punca kemalangan ngeri

SARIKEI, 21 Nov: Kemalangan ngeri sehingga mengorbankan lapan nyawa di Lebuh Raya Pan Borneo hari ini berpunca tindakan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Aswandy Anis dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Menurutnya, insiden berlaku apabila kenderaan Perodua Alza yang dinaiki seorang lelaki tempatan bersama-sama tujuh warga indonesia cuba melarikan diri daripada pemeriksaan kereta peronda MPV SK326 pada jam 2.50 petang.

“Akibatnya, kereta itu memasuki laluan bertentangan bermula di lencongan simpang bulat. Apabila sampai di Jambatan Sungai Nyelong, Lebuh Raya Pan Borneo, Perodua Alza Tersebut bertembung dengan sebuah Hilux,” katanya.

Beliau berkata, akibat kejadian itu pemandu dan penumpang Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu serta penumpang Hilux mengalami kecederaan ringan.

Mayat kesemua mangsa katanya dibawa ke Hospital Sarikei untuk dibedah siasat.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan masih dalam siasatan lanjut.

“Sehubungan itu, polis menyeru mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Ahmad Mustaqim Idris di talian 010-4427240 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan