Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba berusaha menyelamatkan mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Pan Borneo Sarikei, pada Khamis. Foto BBP Sarikei

Lapan maut MPV bertembung 4WD

SARIKEI, 21 Nov: Lapan maut selepas kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuh Raya Pan Borneo di sini, hari ini.

Insiden kira-kira jam 3.35 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan menghala ke arah Bintangor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata, setakat ini belum ada butiran lengkap mengenai lapan mangsa berkenaan.

“Insiden mengakibatkan dua daripada mereka yang berada di dalam kereta itu tercampak keluar manakala empat lagi tersepit.

“Mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang warga tempatan dan tujuh warga Indonesia. Kesemua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.40 petang sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

Katanya, terdapat dua mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum diberi rawatan awal pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Sementara seorang mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda turut mengalami kecederaan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan