Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjawab pertanyaan media selepas pada Program CSR bersama Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Konsensi Jalan Persekutuan bagi kesiapsiagaan monsun timur laut di Jalan FT005 Jalan Jelapang Ipoh Ayer Tawar di sini. Foto Bernama

Kontraktor cemerlang wajar diberi projek seterusnya – Nanta

ByBernama

PARIT, 21 Nov: Kontraktor berprestasi cemerlang yang diberikan projek oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) wajar diberikan peluang untuk melaksanakan projek seterusnya.

Menteri berkenaan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia sebagai menghargai kontraktor menyiapkan projek yang diberikan dengan sempurna dan berkualiti.

Beliau berkata pihaknya akan meminta Jabatan Kerjaya Raya untuk menyiapkan laporan prestasi kontraktor berkenaan supaya dimasukkan dalam senarai kontraktor berwibawa untuk dipertimbangkan bagi projek-projek yang lain.

“Ia (pemberian projek seterusnya) sebagai menghargai kontraktor-kontraktor yang cemerlang dalam melaksanakan projek-projek mereka tepat pada masa, selain kualiti projek dan nilai kos yang diberikan tidak berlebihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program tanggungjawab sosial korporat bersama KKR, Jabatan Kerja Raya dan konsesi Jalan Persekutuan Bagi Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut di Jalan FT005 Jalan Jelapang-Ipoh-Ayer Tawar di sini hari ini.

Mengulas mengenai program, Nanta berkata lokasi berkenaan dipilih disebabkan kawasan sekitar sering berlaku banjir kilat apabila hujan lebat luar biasa.

“Selain daripada menampung air di permukaan jalan, longkang-longkang ini juga turut menampung air daripada pembangunan lama yang berada di kiri kanan jalan.

“Jadi, program CSR ini melibatkan aktiviti seperti membersih weep hole, membersih tepi bebendul jalan, mencuci longkang dan mengutip sampah sarap,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan