Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah gitar yang dibeli oleh ahli kumpulan The Beatles George Harrison pada harga kira-kira GBP58 telah dijual dalam satu lelongan pada harga lebih GBP1 juta (US$1.27 juta). Foto The Beatles (FB)

Gitar ahli kumpulan The Beatles, Harrison dilelong lebih US$1.2 juta

ByBernama

LOS ANGELES, 21 Nov: Sebuah gitar yang dibeli oleh ahli kumpulan The Beatles George Harrison pada harga kira-kira GBP58 telah dijual dalam satu lelongan pada harga lebih GBP1 juta (US$1.27 juta), lapor agensi berita PA Media.

Gitar elektrik jenis Futurama itu dibeli oleh gitaris kumpulan berkenaan pada 1959 ketika dia menjadi pelatih juruelektrik semasa berusia 16 tahun.

Alat muzik itu dilelong di Nashville, Tennessee Rabu pada jualan Julien’s Auctions bertajuk Played, Worn & Torn dengan harga US$1.27 juta – dua kali ganda daripada anggaran awal.

Martin Nolan, pengarah eksekutif Julien’s Auctions, berkata jumlah itu mencatatkan rekod dunia untuk jualan gitar George Harrison yang tertinggi.

“Gitar Futurama ikonik milik George Harrison, antara gitar terpenting dalam sejarah “rock and roll” dan formatif kepada bunyi The Beatles, telah mencipta sejarah pada lelongan hari ini,” kata Nolan.

Rumah lelong itu juga menjual gitar akustik Hootenanny milik John Lennon pada harga US$3 juta awal tahun ini dan pernah menjual gitar akustik Lennon pada harga US$2.4 juta sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan