Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pemandu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mulai jam 11.30 malam hingga 4 pagi tadi di Jalan Tabuan, Kuching. Foto IPD Kuching

Dua pemandu mabuk ditahan dalam sekatan jalan raya

KUCHING, 21 Nov: Dua pemandu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mulai jam 11.30 malam hingga 4 pagi tadi di Jalan Tabuan di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, operasi itu diketuai seorang pegawai kanan bersama-sama 13 anggota itu bertujuan memastikan pengguna jalan raya tidak memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Dalam operasi ini, dua pemandu tempatan, seorang lelaki dan wanita masing-masing berumur 28 tahun ditahan serta dibawa ke IPD Kuching untuk siasatan. Hasil ujian pernafasan menggunakan alat eba ii (evidential breath analyzer) mendapati kedua-dua suspek positif alkohol yang mana kandungan alkohol dalam badan kedua-duanya adalah 111 miligram hingga 140 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah.

“Sehubungan itu, kedua-dua suspek telah disiasat di bawah Seksyen 45a(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan dengan kadar alkohol di dalam badan melebihi had yang ditetapkan iaitu 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sekiranya disabitkan atas kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM30,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.

“Sepanjang operasi ini juga, 89 individu dan 83 kenderaan telah diperiksa melibatkan 62 kereta, 10 motosikal, enam 4WD dan lima MPV. Sebanyak 20 keping dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, LKM tamat tempoh, tidak pakai tali pinggang keledar, nombor flat tidak ikut peraturan, ubah suai ekzos, tiada cermin sisi dan tidak pamer P.

“Operasi ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan potensi kemalangan jalan raya disebabkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan