Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Israel menahan kenderaan bomba dan ambulans berhampiran tanah perkuburan Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza dan melepaskan tembakan dari pesawat kepada sesiapa yang cuba mendekatinya. Foto fail AFP

Dewan Rakyat: Pendirian tegas Malaysia tidak iktiraf Israel bermula sejak awal – Anwar

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tetap dengan pendirian tidak mengiktiraf Israel.

Kata Anwar dasar itu bermula sejak zaman Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan ketika menghadiri beberapa sidang kemuncak di luar negara baru-baru ini, Anwar berkata, Malaysia menyuarakan bantahan paling keras terhadap Israel.

Sehubungan itu kata Perdana Menteri, beliau tidak faham mengapa perkara itu dipolitikkan.

“Tentang temu bual bersama Richard Quest, saya faham ia telah dipermainankan namun (dalam) temu bual itu, saya menyerang Israel secara habis-habisan,” katanya ketika Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dewan Rakyat: Hubungan antarabangsa Malaysia meningkat – PM Anwar

Anwar menjawab soalan tambahan Dr. Mohammad Taufiq Johari (Pakatan Harapan-Sungai Petani) berhubung wawancara beliau bersama CNN mengenai konflik Palestin-Israel yang mendapat pelbagai rekasi dari masyarakat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau menyatakan pendirian keras Malaysia mengenai kezaliman Israel di hadapan pemimpin – pemimpin negara asing pada sidang berkenaan.

“Kenyataan saya (ketika) berdepan mereka, bukan kenyataan saya di Cherok Tok Kun (Bukit Mertajam, Pulau Pinang) (walaupun) saya sebut (ada) risikonya ada kerana kenyataan (Malaysia) di antara yang paling keras,” katanya.

Jelas Perdana Menteri, beliau turut mempersoal Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai badan yang mengiktiraf negara merdeka dan anti penjajahan namun pada masa sama mengiktiraf satu negara yang sedang menjajah iaitu Israel. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan