Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika sidang media mengenai perolehan Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing (FWCMS) oleh Kementerian Dalam Negeri selepas Persidangan Dewan Rakyat hari ini.Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: Kontrak FWCSM, PAC akan mula prosiding terhadap KDN

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpandangan kontrak Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing (FWCMS) antara kerajaan dengan syarikat Bestinet Sdn Bhd yang ditandatangani pada September lalu dilihat sebagai langkah kurang cermat.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ini kerana caj bayaran yang dikenakan tinggi dan akan membebankan majikan dan pekerja asing.

Sehubungan itu beliau memaklumkan PAC bakal memulakan prosiding terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 10 Disember depan.

Dewan Rakyat: Hubungan antarabangsa Malaysia meningkat – PM Anwar

“Keputusan kerajaan untuk menandatangani kontrak itu telah dimaklumkan kepada PAC dalam prosiding tindakan susulan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan KDN Bagi Syor-Syor Laporan PAC Parlimen Berhubung Pengurusan Pekerja Asing Melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan FWCMS telah diadakan pada 6 November 2024 berdasarkan Arahan Perbendaharaan 304(b) pindaan 2023.

“Prosiding Tindakan Susulan ini diadakan bagi mengetahui maklum balas KDN dan KESUMA terhadap lima syor yang dikemukakan PAC dalam laporan mengenai isu ini yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 3 Julai 2024,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Tambah Mas Ermieyati, PAC akan memanggil Jawatankuasa Induk FWCMS yang dipengerusikan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta tiga ahli jawatankuasa induk termasuk Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican serta Ketua Setiausaha (KSU) KDN serta KSU KESUMA dan Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, Ts Dr. Fazidah Abu Bakar.

“Keterangan dan penjelasan jawatankuasa itu penting bagi PAC mendapakan justifikasi terhadap keputusan kerajaan menandatangani kontrak perjanjian Sistem FWCMS dengan Bestinet Sdn Bhd.,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan