Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan - Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Foto kredit, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Hubungan antarabangsa Malaysia meningkat – PM Anwar

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Hubungan antarabangsa Malaysia kini semakin meningkat dan mendapat pengiktirafan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri perkara itu dapat dilihat dengan yang terkini, Malaysia menerima undian tertinggi bagi pertandingan United Nations Commission of International Trade Law untuk 2025-2031.

Jelas beliau Malaysia mendapat 179 undi daripada 183 yang merupakan rekod belum pernah dicapai sejak merdeka.

“Dalam International Anti-Corruption Academy yang dianggotai oleh 85 negara (pula, mereka) mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Maka Malaysia telah diberikan dukungan untuk menjadi ketua (bagi) International Anti-Corruption Academy dan Menteri (di Jabatan Perdana Menteri, Undang- undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang mempengerusikan badan antarabangsa itu,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab soalan Dr. Mohammed Taufiq Johari (Pakatan Harapan- Sungai Petani) yang meminta beliau menyatakan apakah isu utama yang dibangkitkan di Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Brazil serta manfaat kepada Malaysia serta keputusan sidang Kemuncak Arab Islam di Riyadh.

Sementara itu Anwar berkata, Malaysia turut diminta menyokong inisiatif  Global Alliance Against Hunger and Poverty (Perang Terhadap Kebuluran dan Kemiskinan) yang diperkenalkan oleh Presiden Brazil, Inacio Lula da Silva walaupun negara belum menganggotai G20.

“(Namun kita) diminta (secara) khas berbincang beberapa isu yang mereka anggap kita ke depan. Pertama, battle against hunger and poverty dan keduanya anticorruption drive.

“Jadi kedua-dua ini diiktiraf baik di Peru dan Brazil yang mereka minta kita berikan dukungan dan committee yang diwujudkan akan mengambil kira peranan Malaysia walaupun Malaysia itu belum menjadi anggota G20,” katanya.

Dalam aspek perdagangan pula kata Anwar, syarikat Malaysia diberi kesempatan yang sangat baik seperti oleh Abdel Fattah El-Sisi yang memberi ruang kepada PROTON.

“(Manakala) Presiden Lula de Silva beri ruang kepada PETRONAS dan pelaburan Yinson mencecah lebih USD4 bilion dan pelaburan PETRONAS di Brazil yang berikan pulangan dan hasil yang baik kepada negara ini mencecah USD6 bilion,” katanya. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan