Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita berusia 21 tahun cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Batu 29 Jalan Kuching-Serian hari ini. Foto JBPM

Wanita cedera, kemalangan dua kenderaan di Jalan Kuching-Serian

KUCHING, 20 Nov: Seorang wanita berusia 21 tahun cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Batu 29 Jalan Kuching-Serian di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Christopher Tungoh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.39 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Proton Saga FLX dan lori 3 tan.

“Seorang mangsa wanita tersepit kaki di dalam kereta di bahagian penumpang depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu kereta lelaki berusia 23 tahun dan pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

“Pihak bomba menjalankan operasi untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya di Hospital Serian,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan