Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dasar tanah sub tanah di bawah Kanun Tanah 1958 menjadi milik kerajaan Sarawak selepas pembentukan Malaysia. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Tiada siapa berhak persoal hak pelantar benua – Abang Jo

KUCHING, 20 Nov: Hak kedaulatan Sarawak ke atas pelantar benua yang terletak dalam wilayahnya adalah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dirunding.

Menegaskan perkara itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dasar tanah sub tanah di bawah Kanun Tanah 1958 menjadi milik kerajaan Sarawak selepas pembentukan Malaysia.

Ini jelasnya, seperti yang termaktub dalam Artikel 47(2) Perlembagaan Negeri Sarawak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“MA63 dan Akta Malaysia 1963 United Kingdom tidak memberikan hak pemilikan ke atas mana-mana tanah yang terkandung dalam Pelantar Benua di dalam sempadan Sarawak kepada Persekutuan atau Kerajaan Persekutuan.

“Oleh itu, Kerajaan Persekutuan tiada hak pemilikan ke atas dasar laut, sub tanah, atau pelantar benua Sarawak, kerana ini adalah milik eksklusif negeri Sarawak mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Sempadan Sarawak, yang dilindungi oleh Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh diubah tanpa persetujuan Dewan Undangan Negeri.

Jelasnya Akta Pindaan Pelantar Benua 2009 melindungi hak negeri ke atas dasar laut dan sub tanah dalam sempadan negeri, selaras dengan kedaulatan Sarawak.

Abang Johari menegaskan bahawa tuntutan Sarawak terhadap sumber minyak dan gas di wilayahnya adalah sah dan bersejarah, serta telah dilaksanakan sejak zaman penjajahan British dan selepas kemerdekaan.

“Tiada sesiapa yang berhak untuk mempersoalkan hak kedaulatan Sarawak ke atas pelantar benua dalam sempadannya.

“Melakukannya bukan sahaja bertentangan dengan MA63, tetapi juga merupakan satu pelanggaran terhadap Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan