Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Skim Perkhidmatan Penjawat Awam Sarawak penuhi keperluan negeri, rakyat

KUCHING, 20 Nov: Kerajaan Sarawak merancang untuk memperkenalkan Skim Perkhidmatan Penjawat Awam Sarawak yang direka khas untuk memenuhi keperluan tempatan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata skim ini akan memberi kelonggaran dan kuasa kepada kerajaan untuk melaksanakan dasar yang mencerminkan nilai tempatan dan objektif kerajaan.

“Skim perkhidmatan ini akan membantu kami membina perkhidmatan awam yang lebih selaras dengan masa depan yang ingin kita wujudkan kelak,” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Jelas Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu, kerajaan komited untuk menyokong dan membantu kakitangan awam negeri.

“Kita mesti memastikan tenaga kerja kita dilengkapi kemahiran terkini dan bersedia untuk memenuhi tuntutan masa depan yang berkembang pesat.

“Terutamanya, ketika kita menghadapi cabaran baharu dan menerima pertumbuhan,” jelasnya.

Menurutnya kerajaan Sarawak sedang menaik taraf Sistem Pengurusan Prestasi Pekerja (EPMS) untuk menetapkan prospek yang lebih jelas dan menggalakkan penjawat awam mengekalkan standard tinggi selaras dengan matlamat negeri.

Beliau juga menyatakan penambahbaikan sedang dilakukan untuk kakitangan di bawah Skim Jawatan Berasaskan Caruman (JBC).

“Skim JBC ini telah diperkenalkan pada tahun 2002, dan sudah tiba masanya untuk kita meningkatkan faedah kakitangan JBC.

Tambahnya, langkah itu menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak mengiktiraf skim JBC dan menyediakan lebih banyak peluang untuk kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya, serta sokongan jangka panjang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan