Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Sarawak terima pembangunan semula sekolah daif tertinggi, libatkan 392 projek

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Sarawak merupakan negeri yang menerima pembangunan semula bangunan daif di sekolah tertinggi di negara ini dengan melibatkan 392 projek secara keseluruhan.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, 255 projek telah selesai dibina, 59 dalam pembinaan dan baki 78 lagi sedang dalam fasa pra bina.

“Pada 2019, terdapat satu projek pembangunan semula bangunan daif berjumlah RM1bilion di negeri itu yang dibahagikan kepada tiga tahun sehingga 2021.

“Jumlah projek terlibat sebanyak 141 dengan 58 daripadanya sudah siap dibina, dan bakinya dalam pembinaan dan pra bina,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 1,076 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan di seluruh negara dengan kos projek berjumlah RM8.514 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 724 projek telah siap, 180 projek pada fasa bina dan 172 projek pada fasa pra bina,” tambahnya.

Kah Woh menjelaskan, bagi menangani isu bangunan daif di sekolah seluruh negara, KPM telah melaksanakan beberapa penambahbaikan, antaranya melalui inisiatif di bawah Bitara MADANI yang dipacu di bawah Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) bagi memperkasa perlaksanaan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah.

Melalui inisiatif itu, tempoh pelaksanaan projek daif dapat dikurangkan terutamanya tempoh semasa fasa pra pembinaan melalui beberapa penambahbaikan proses pelaksanaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan