Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata RMK-13 (2026-2030) akan menandakan fasa kedua dan terakhir bagi Strategi Pembangunan Ekonomi Pasca Covid-19 (PCDS) 2030. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak sedia pacu sosioekonomi dalam RMK-13, lengkapkan PCDS 2030

KUCHING, 20 Nov: Sarawak kini bersedia meneruskan kesinambungan pembangunan wilayah ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang merangkumi pelbagai bidang tumpuan dalam membentuk landskap sosioekonomi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata RMK-13 (2026-2030) akan menandakan fasa kedua dan terakhir bagi Strategi Pembangunan Ekonomi Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

“Persiapan telah pun dimulakan, dengan konsultasi yang meluas dalam kalangan kementerian, industri, dan masyarakat sivil bagi memastikan strategi yang inklusif dan menyeluruh.

“Usaha kami di bawah RMK-13 akan terus bersifat pelbagai, dengan tumpuan kepada tonggak-tonggak utama ekonomi, inovasi digital, kelestarian alam sekitar, dan kesaksamaan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Menurutnya RMK-13 akan memperkukuh inisiatif katalitik, menangani cabaran mendesak, dan mempercepatkan pencapaian hasil berimpak tinggi dalam PCDS 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan