Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaburan dalam infrastruktur seperti pelabuhan laut dan lapangan terbang sedang dijalankan untuk memastikan Sarawak menjadi pemain utama dalam perdagangan global. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak menuju hab logistik serantau

KUCHING, 20 Nov: Sarawak kini sedang memperkukuhkan kedudukannya sebagai hab logistik serantau, memanfaatkan lokasinya yang strategik di utara Borneo.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaburan dalam infrastruktur seperti pelabuhan laut dan lapangan terbang sedang dijalankan untuk memastikan Sarawak menjadi pemain utama dalam perdagangan global.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu menegaskan, bahawa usaha ini bertujuan untuk membangunkan hab logistik bersepadu yang menghubungkan pengangkutan laut dan udara ke dalam satu rangkaian cekap.

“Dengan integrasi ini, Sarawak mampu mempercepatkan aliran barangan, meningkatkan kecekapan rantaian bekalan, dan menarik pelaburan antarabangsa,” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Katanya lagi, wilayah ini juga sedang mengadaptasi teknologi canggih seperti penjejakan digital dan analitik data masa nyata untuk memastikan setiap operasi logistik berjalan dengan lancar.

“Teknologi pintar dijangka akan mengurangkan masa transit dan meningkatkan ketelusan, menjadikan Sarawak destinasi pilihan bagi perdagangan antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan