Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Sarawak lulus RM10.43 bilion pelaburan awal sehingga suku ketiga 2024

ByFebbright James

KUCHING, 20 Nov: Sarawak meluluskan pelaburan awal sebanyak RM10.43 bilion sehingga suku ketiga 2024, merangkumi 212 projek dan mencipta sekitar 5,400 peluang pekerjaan baharu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata jumlah ini tidak termasuk sektor primer dan perkhidmatan untuk suku ketiga 2024.

“Pelaburan Langsung Domestik (DDI) yang merangkumi pelaburan semula oleh pelabur asing sedia ada yang menggunakan dana domestik berjumlah RM7.18 bilion, manakala Pelaburan Langsung Asing (FDI) menyumbang RM3.25 bilion.

“Sektor pembuatan menjadi penyumbang terbesar dengan 55.7 peratus menarik pelaburan bernilai RM5.81 bilion diikuti oleh sektor perkhidmatan pada 28.5 peratus atau RM2.97 bilion dan sektor primer pada 15.8 peratus atau RM1.65 bilion.

Projek pembuatan di Sarawak melibatkan produk kimia (RM2 bilion), elektrik dan elektronik (RM1.2 bilion), serta mineral bukan logam (RM0.8 bilion).

Sejak 2020, 57 peratus daripada 356 projek yang diluluskan dalam pembuatan dan perkhidmatan telah direalisasikan.

Sarawak terus menarik pelabur dalam industri berteknologi tinggi seperti elektronik, bahan api lestari, tenaga boleh diperbaharui, dan bahan komposit, dengan kelebihan sebagai destinasi teknologi canggih.

Pindaan kepada Ordinan Elektrik pada 2023 mencipta peluang bagi pelabur dalam penjanaan kuasa rendah karbon.

“Sebagai contoh, perjanjian kajian bersama yang baru-baru ini ditandatangani oleh Sarawak dan pelabur dari Abu Dhabi akan meneroka projek tenaga solar terapung di Murum.

“Projek ini akan mengubah landskap tenaga Sarawak ke arah sumber yang lebih boleh diperbaharui, merangsang kemajuan industri serta menarik pelaburan hijau dan lestari,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan