Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak mencatatkan nilai eksport kayu pelet sebanyak RM60 juta bagi suku ketiga 2024, meningkat 69 peratus berbanding RM36 juta pada tempoh yang sama tahun 2023. Foto hiasan Envato

Sarawak catat nilai eksport kayu pelet berjumlah RM60 juta

ByFebbright James

KUCHING, 20 Nov: Sarawak mencatatkan nilai eksport kayu pelet sebanyak RM60 juta bagi suku ketiga 2024, meningkat 69 peratus berbanding RM36 juta pada tempoh yang sama tahun 2023.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pasaran utama kayu pelet Sarawak adalah Jepun dan Belanda, yang digunakan sebagai bahan bakar mesra alam untuk penjanaan kuasa elektrik.

Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan Sarawak melalui PUSAKA sedang merangka pembangunan taman industri perabot di Demak Laut dan Tanjung Manis untuk memperkukuhkan kedudukan Sarawak sebagai hab pengeluaran perabot yang berdaya saing.

“Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menarik pelaburan strategik dalam sektor pembuatan perabot, tetapi juga dijangka memberikan lonjakan kepada ekonomi Sarawak secara menyeluruh.

“Ia turut berpotensi mencipta peluang pekerjaan baharu, menggalakkan inovasi dan memperkasakan industri perabot tempatan untuk bersaing di peringkat tempatan serta antarabangsa,” katanya.

Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan Sarawak untuk memastikan kemajuan dan pembangunan ekonomi lestari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan