Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Sarawak belanja RM3.59 bilion untuk RTP

ByShafik Ahmad

KUCHING, 20 Nov: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, memaklumkan bahawa Sarawak telah membelanjakan RM3.59 bilion daripada peruntukan RM4.86 bilion.

Di bawah Rancangan Malaysia ke-12, sebanyak 10,600 projek diluluskan dengan peruntukan RM1.64 bilion, dan RM1.43 bilion telah dibelanjakan.

Projek yang disiapkan termasuk 419 tempat ibadat, 4,051 projek infrastruktur, 349 pembaikan sekolah, dan 199 projek bekalan air dan elektrik.

“Projek Transformasi Luar Bandar telah dilaksanakan sejak tahun 2015 dan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti luar bandar dengan menyediakan dan memperbaiki infrastruktur asas, serta kemudahan awam termasuk jalan raya, jambatan, sistem perparitan, bekalan air, dan elektrik,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua berkata demikian semasa sesi penggulungan kementerian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua agensi pelaksana untuk meningkatkan usaha dalam memastikan semua projek dilaksanakan dengan segera dan disiapkan mengikut jadual.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan