Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba berjaya menangkap seekor buaya yang tersesat ke dalam parit di kawasan perumahan Jalan Raflesia Sarikei. Foto BBP Sarikei

Sang bedal ditemui dalam parit perumahan

SARIKEI, 20 Nov: Kehadiran seekor buaya sepanjang dua meter mengejutkan penduduk di sebuah taman perumahan di Jalan Raflesia di sini, pagi tadi.

Menurut salah seorang penduduk, Mohd Asyraf Akmal Dudong, 36, kemunculan sang bedal itu secara tiba-tiba disedari ketika dia sedang bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja.

“Ketika itu, saya sedang mengunci pagar rumah sebelum ternampak kelibat haiwan di dalam parit. Pada mulanya saya sangka biawak tetapi setelah melihat dari jarak dekat, baru saya sedar buaya.

“Bertindak atas nasihat jiran, saya kemudiannya menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.59 pagi sebelum bergegas ke lokasi untuk melakukan penangkapan.

Setibanya di tempat kejadian katanya, bomba mendapati haiwan berkenaan masih ada di dalam parit berkenaan.

“Operasi penangkapan dilakukan dengan penuh berhati-hati kerana haiwan ini bertindak agak agresif untuk melepaskan diri.

“Bagaimanapun berbekalkan pengalaman, kita mengambil masa hampir setengah jam sebelum berjaya menangkapnya dengan menggunakan penjerut. Ia kemudianya dibawa balik ke balai sebelum diserahkan kepada pihak perhilitan,”ujarnya.

Mahmudin tidak menolak kemungkinan haiwan terbabit tersesat ketika mencari makanan dari sungai yang berhampiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan