Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

RM84 juta untuk penambahbaikan projek jalan Jiwa Murni

ByConnie Grace

KUCHING, 20 NOV: Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM84.05 juta bagi meningkatkan infrastruktur melalui Projek Jalan Jiwa Murni.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan, salah satu daripada empat pakej projek tersebut telah berjaya disiapkan pada 12 Ogos 2024, iaitu jalan menuju Skim Rancangan Sepupuk Niah, Miri.

”Tiga pakej lain sedang dalam pembinaan dengan perkembangan terkini termasuk Jalan Rumah Satu, Kuala Mendalam, Limbang, Kemajuan pembinaan mencapai 50% dan dijangka siap pada suku pertama 2025.

“Jalan Kuala Mendalam ke Meruyu dan Kampung Kerangan Ma, Limbang: Hampir selesai dengan kemajuan 92 peratus dan dijangka siap suku pertama 2025 dan Jalan Ba’Kelalan ke Simpang Bario kini mencapai 31 peratus siap dan dijangka selesai pada suku kedua 2025.” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata Uggah, kementeriannya turut memperkenalkan langkah-langkah tegas bagi mengatasi projek-projek yang tertangguh kritikal.

Dasar baharu seperti “Peraturan Satu Bulan” akan memastikan projek dimulakan segera selepas kontrak dianugerah.

Katanya, kontraktor yang gagal mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan tegas termasuk pembatalan kontrak.

Setakat ini, beliau mendedahkan jumlah projek kritikal yang tertangguh berjaya dikurangkan kepada empat projek di bawah pembiayaan Persekutuan dan satu di bawah pembiayaan negeri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan