Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

RM1.74 bilion projek untuk kontraktor bumiputera

ByConnie Grace

KUCHING, 20 Nov: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendedahkan sebanyak 60 peratus projek bernilai RM1.74 bilion telah dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera daripada jumlah keseluruhan projek biayaan negeri bernilai RM2.89 bilion.

Katanya Kerajaan Sarawak terus menunjukkan komitmen teguh dalam membangunkan kontraktor Bumiputera di negeri ini.

Sebagai sebahagian daripada agenda ekonomi digital, ujarnya, Kerajaan Sarawak turut memperkenalkan sistem e-Perolehan untuk meningkatkan ketelusan dan kecekapan proses perolehan negeri.

“Usaha ini mencerminkan dedikasi Kerajaan GPS dalam memastikan kontraktor Bumiputera lebih kompetitif dan berdaya saing di peringkat negeri dan nasional,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua berkata demikian pada pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Jelasnya langkah ini diharap terus memperkasakan ekonomi Bumiputera dan menyumbang kepada pembangunan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan