Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sidang media pendedahan serbuan makmal terbesar pengeluar dadah berjenis hashish di Bali, Indonesia oleh Polis Indonesia. Foto TVS

Polis Indonesia rampas dadah bernilai RM423 juta di Bali

JAKARTA, 20 Nov: Polis Indonesia berjaya membongkar rangkaian pengeluaran dadah terbesar di Indonesia yang berpangkalan di wilayah Jimbaran, Bali.

Sebuah makmal dadah berjenis hashish ditemui di sebuah vila dengan bukti rampasan bernilai IDR 1.5 trilion atau lebih RM423 juta.

Dalam serbuan itu, empat suspek berinisial MR, RR, N, dan DA yang ditugaskan mencampur dan membungkus dadah berjaya ditahan manakala seorang pengendali berinisial DOM kini dikehendaki polis.

Ketua Direktorat Jenayah Polis Indonesia (Bareskrim), Wahyu Widada mengesahkan daripada makmal ini suspek menghasilkan hashish yang boleh digunakan sebagai vape yang diubah suai.

“Rangkaian ini menyasarkan generasi muda dengan memanfaatkan trend dengan mengeluarkan dadah dalam bentuk vape supaya mudah diedarkan tetapi ternyata mengandungi barangan haram,” katanya.

Ia juga menyebut bahawa ini adalah pendedahan pertama makmal pengeluar hashish di Indonesia dengan kebanyakan bahan mentah diimport dari luar negara untuk mengelak dikesan oleh polis.

Bukti yang dirampas termasuk 18 kilogram hashish (bungkusan perak), 12.9 kilogram hashish (bungkusan emas), 35,000 pil ekstasi dan bahan mentah yang cukup untuk menghasilkan lebih dua juta pil dan ribuan batang ganja.

Pengeluaran hashish dirancang untuk diedarkan secara besar-besaran semasa sambutan Tahun Baharu 2025 di Bali, Jawa dan pasaran antarabangsa.

Kesemua suspek nantinya akan didakwa dengan hukuman mati dan siasatan lanjut akan dijalankan.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan