Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah melabur lebih RM17 bilion dalam sektor minyak dan gas huluan di Sarawak melalui kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) setakat suku ketiga 2024. Foto hiasan Envato

PETRONAS labur lebih RM17 bilion dalam sektor minyak dan gas huluan di Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 20 Nov: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah melabur lebih RM17 bilion dalam sektor minyak dan gas huluan di Sarawak melalui kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) setakat suku ketiga 2024.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mendedahkan, sebanyak RM11 bilion diperuntukkan untuk projek baharu.

Ia termasuk pengeluaran hidrokarbon pertama dari ladang Jerun pada Julai dan ladang Kasawari pada Ogos 2024, untuk memenuhi permintaan gas domestik dan mengekalkan bekalan ke Kompleks LNG Malaysia di Bintulu.

“Bukan itu sahaja, dua blok PSC iaitu Kluster Kompleks DEWA dan Kluster Ketapu telah dianugerahkan pada Oktober 2024,” katanya semasa sesi penggulungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa PETRONAS telah berjaya mencapai kadar penyetempatan anak Sarawak sebanyak 90.6 peratus dalam tenaga kerjanya di wilayah ini.

“Ini merangkumi 77.8 peratus di peringkat pengurusan kanan, 64.2 peratus di kalangan pengurus, 83.8 peratus di kalangan eksekutif, dan 98.6 peratus di kalangan kakitangan bukan eksekutif,” jelasnya.

Selain itu, beliau menambah bahawa kerja kontrak bernilai RM2.49 bilion telah diberikan kepada 270 vendor dari Sarawak dan jumlah itu menyumbang 32 peratus daripada keseluruhan kerja kontrak yang dianugerahkan di Sarawak dalam tempoh yang sama.

Sementara itu, pelaburan Shell Malaysia dalam Loji Gas Onshore Rosmari-Marjoram di Bintulu yang bernilai RM9 bilion, kini sedang berjalan lancar.

Aktiviti pembinaan projek itu dijangka selesai mengikut jadual dengan pengeluaran gas pertama dirancang pada akhir tahun 2026. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan