Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak berpotensi menjadi hab data bagi pusat pemprosesan Kecerdasan Buatan (AI) dengan wujudnya Pusat Data gred Tier-IV di Santubong.

Percepatkan pembangunan infrastruktur strategik, sasar negeri maju menjelang 2030

ByConnie Grace

KUCHING, 20 Nov: Sarawak sedang mempercepatkan pembangunan infrastruktur strategik di bawah Pelan Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata kerajaan negeri komited memastikan pembangunan ini dapat meningkatkan ekonomi dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa ada isu keciciran.

“Pelaburan dalam infrastruktur asas seperti pengangkutan, pendidikan, dan tenaga boleh diperbaharui adalah kunci untuk mencapai matlamat ini,” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua itu berkata lima pemacu utama untuk menyokong pertumbuhan adalah infrastruktur asas dan utiliti, infrastruktur digital, pengangkutan, kemudahan pendidikan, dan tenaga boleh diperbaharui.

Beliau juga menegaskan keperluan pembiayaan alternatif, menggunakan pendekatan inovatif melalui pembiayaan daripada Development Bank of Sarawak (DBOS) dan pasaran modal untuk mempercepatkan pembangunan.

“Langkah ini melengkapkan bajet pembangunan negeri yang terhad di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun,” tambahnya.

Justeru katanya, pendekatan ini dijangka mempercepatkan pembangunan di seluruh negeri sekali gus memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati faedah daripada infrastruktur lebih baik dan peluang ekonomi yang lebih meluas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan