Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto fail TVS

Pembiayaan Alternatif Sarawak, memacu pertumbuhan dan memelihara rizab

ByMuqri Aziz

KUCHING, 20 Nov: Kerajaan Sarawak komited terhadap pembangunan mampan dan tanggungjawab fiskal melalui inisiatif Dana Alternatif Negeri, yang menjadi pemacu utama dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata bertujuan untuk memastikan akses seimbang kepada sumber dan peluang untuk semua rakyat.

“Kami terpaksa mencari pilihan pembiayaan yang berbeza untuk memudahkan dan mempercepatkan pertumbuhan di Sarawak dengan memanfaatkan pembiayaan luaran melalui Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dan daripada pasaran modal.

“Langkah ini melengkapkan bajet pembangunan Sarawak yang terikat dengan had pelan lima tahun Malaysia,” katanya pada sesi penggulungan Kementrian Kewangan dan Ekonomi Baharu Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Uggah berkata kedudukan kewangan Sarawak yang kukuh, kestabilan politik, dan penarafan kredit cemerlang membolehkan wilayah ini menarik pembiayaan kompetitif dan mengekalkan fleksibiliti fiskal.

Sehingga 31 Oktober 2024, rizab kewangan Sarawak mencapai RM26.63 bilion, menunjukkan kemampuan kerajaan mengimbangi perbelanjaan dan kesinambungan kewangan jangka panjang.

Inisiatif ini juga merangsang pertumbuhan ekonomi, dengan sektor pembinaan dijangka berkembang 8.7 peratus pada 2024, kadar tertinggi yang pernah dicatatkan.

“Dengan memanfaatkan pembiayaan alternatif, kerajaan memastikan pembangunan infrastruktur dilaksanakan tepat pada masanya, mengurangkan risiko kenaikan kos akibat inflasi, dan mengelakkan kelewatan yang boleh menjejaskan kemajuan,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Uggah menepis dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Chong Chieng Jen bahawa inisiatif itu akan menjejaskan rizab kewangan Sarawak, menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak tepat dan mengelirukan.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa pembiayaan alternatif membolehkan pengurusan aliran tunai yang berhemah serta pemeliharaan rizab mencukupi untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi global sambil memastikan autonomi kewangan Sarawak terpelihara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan