Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas lori membawa muatan tanah dipandu terbalik dalam kemalangan kendiri di Jalan Tabuan, Lundu, hari ini. Foto JBPM

Pemandu cedera, lori bawa muatan tanah terbalik

LUNDU, 20 Nov: Seorang lelaki cedera selepas lori membawa muatan tanah dipandu terbalik dalam kemalangan kendiri di Jalan Tabuan di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Pathi Samsudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.25 petang dengan menggerakkan sembilan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah lori membawa muatan tanah telah terbalik dan melintang separuh jalan raya.

“Terdapat seorang mangsa lelaki masih berada di dalam lori tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba menjalankan operasi untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Kerja-kerja pembersihan dijalankan bagi membersih serpihan kemalangan dan tanah untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan