Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad hoki kebangsaan terkini hanya boleh digelar pasukan kebangsaan namun bukan pasukan berkualiti antarabangsa. Foto hiasan Envato

Pasukan hoki Malaysia terkini belum capai kualiti antarabangsa – Maninderjit

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Skuad hoki kebangsaan terkini hanya boleh digelar pasukan kebangsaan namun bukan pasukan berkualiti antarabangsa, kata Olimpian Malaysia Maninderjit Singh.

Berkongsi pendapatnya beliau percaya hanya tiga pemain berpengalaman iaitu Marhan Jalil (34), Faizal Saari (33) dan Fitri Saari (31) layak digelar pemain bertahap antarabangsa.

“Pasukan ini bukan lagi satu pasukan yang berkualiti antarabangsa, hanya pasukan kebangsaan. Sekarang terdapat kelompangan kerana daripada tiga kitaran Piala Dunia Remaja, daripada 54 pemain hanya lima dalam pasukan senior, 49 tiada dalam pasukan. Pada Piala Sultan Johor 2024 kita kalah semua perlawanan.

“Sekarang melihat senario ini, bagaimana kita mampu layak untuk Olimpik? Saya tak nampak dengan pasukan ini kita boleh layak untuk Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) kerana Amerika Syarikat telah mengambil satu slot, peluang tipis,” katanya dalam siar audio SAMBANG oleh Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) bertajuk Status Hoki Malaysia pada Pentas Antarabangsa dan Prospek untuk LA28.

Bekas pemain kebangsaan yang beraksi pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Sydney 2000 berkata Konfederasi Hoki Malaysia perlu segera memulakan satu program pembangunan yang menyasarkan untuk bertanding pada Sukan Asia Doha 2030 dan Sukan Olimpik Brisbane 2032.

Beliau menegaskan bahawa ini tidak sepatutnya berlaku selepas Sukan Olimpik LA dan tidak boleh dianggap sebagai program ad-hoc sambil mempersoalkan aktiviti semasa dan kemajuan pasukan Bawah-15 (B-15), B-17, dan B-19.

Maninderjit turut mengetengahkan isu mengenai siapa yang akan melatih pemain muda kerana tiada program pembangunan untuk jurulatih tempatan serta terlalu bergantung kepada kepakaran asing.

“Anda bergantung harap pada 25 perunding asing, anda melupakan jurulatih tempatan,” katanya.

Katanya apabila melantik jurulatih baharu, pemilihan tidak seharusnya berdasarkan resume semata-mata kerana faktor paling penting ialah keupayaan mereka membina pasukan dari awal dan membawa pasukan kepada kejayaan sambil menggabungkan kaedah saintifik dalam kejurulatihan.

Maninderjit berkata kemerosotan prestasi skuad hoki negara bermula enam hingga tujuh tahun lepas dan beliau secara peribadi mula berasa bimbang sejak 2015. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan