Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata peruntukan ini akan diguna untuk melaksanakan empat projek bandar dan pekan baharu, serta pusat perkhidmatan di beberapa kawasan. Foto UKAS

Lebih RM237 juta untuk pembangunan bandar baharu, pekan baharu dan pusat perkhidmatan di luar bandar

ByFebbright James

KUCHING, 20 Nov: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM237,990,320 dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) untuk Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata peruntukan ini akan diguna untuk melaksanakan empat projek bandar dan pekan baharu, serta pusat perkhidmatan di beberapa kawasan.

Antaranya di Sebuyau, Simunjan, Daro, dan Kabong, Lingga, Matu, Igan, Matadeng, dan Ulu Merapok.

“Pihak Kerajaan melalui LCDA sedang menyiapkan Pelan Induk Pembangunan Semula Bukit Assek dan disasar untuk dimuktamadkan sebelum akhir tahun 2024.

“Beberapa sesi libat urus bersama pihak pemegang taruh untuk mendapatkan input awal telah dijalankan sejak tahun 2020 hingga 2024,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Sarawak berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Manakala, Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) Long Lama di DUN Telang Usan telah dibangunkan mengikut pelan induk yang diluluskan oleh kerajaan.

Katanya, dalam pelan induk tersebut terdapat komponen-komponen pembangunan seperti komersial, pendidikan, rizab Kerajaan termasuk perumahan.

“Sehubungan dengan itu, hasil survei pasaran yang dijalankan oleh LCDA terutamanya keperluan penduduk tempatan untuk memiliki rumah kos rendah dan sederhana akan diambil kira dalam perancangan pembangunan projek perumahan di RGC Long Lama.

“Cadangan komponen perumahan ini akan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan bagi dilaksanakan dalam RMKe-13,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan