Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Foto fail Bernama

Kes video fitnah Perdana Menteri, PDRM terima 11 laporan – KPN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Polis menerima 11 laporan berhubung satu video tular seorang individu didakwa memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan temu ramah Perdana Menteri dengan CNN.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini, sebanyak 12 saksi telah dirakam keterangan mengenai kes terbabit.
“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

“Siasatan akan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, sebuah gabungan 20 badan bukan kerajaan (NGO), iaitu Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) telah membuat laporan polis berhubung satu video tular didakwa memfitnah Anwar berkaitan temu ramah Perdana Menteri dengan CNN.

Jurucakap gabungan itu Shahbudin Embun berkata video yang dimuat naik oleh seorang individu menggunakan akaun “Papa Berry Studio” di platform YouTube itu bertujuan menghasut orang ramai untuk menimbulkan kemarahan rakyat terutamanya orang Islam di Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan