Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Kerajaan Sarawak komited tunai semua janji demi masa depan kemakmuran Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 20 Nov: Kerajaan Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited dalam menunaikan semua janji bagi membina masa depan Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rakyat Sarawak berhak menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

“Ini adalah amanah kita dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita, bagi merealisasikan aspirasi Ibu Pertiwi, aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Kita tidak boleh lagi menjalankan tugas seperti sediakala, kita mesti mengubah cara kita berfikir, menerima strategi yang tidak konvensional, dan berinovasi dengan berani. No more Business as Usual,” katanya.

Sehubungan itu, Abang Johari mahu penjawat awam Sarawak untuk terus kekal melangkah ke hadapan yang disifatnya peneraju kepada masa depan Sarawak.

“Kita mesti terus komited, bekerjasama dengan erat antara agensi-agensi Kerajaan, berkolaborasi dengan sektor swasta dan melibatkan diri dengan rakyat.

Menurutnya tahun ini telah menyaksikan banyak kejayaan dicapai oleh Sarawak dalam pelbagai bidang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan