Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak akan memperkenal dan memberi elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak berdasarkan gred kumpulan bermula Januari tahun depan. Foto hiasan Envato

Kerajaan perkenal elaun khas kepada penjawat awam negeri

KUCHING, 20 Nov: Kerajaan Sarawak akan memperkenal dan memberi elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak berdasarkan gred kumpulan bermula Januari tahun depan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia sebagai tambahan kepada penyelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan GPS juga bersetuju untuk memperkenal dan memberi elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak berdasarkan gred Kumpulan dengan kadar seperti berikut.

“RM400 bagi Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga Gred 4, RM500 bagi Kumpulan Pelaksana Gred 5 hingga Gred 8, RM600 bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 9 hingga Gred 15 dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima elaun khas sebanyak RM 700,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Rabu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan