Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah dagangan Sarawak meningkat sebanyak 4.7 peratus daripada RM140.9 bilion kepada RM147.5 bilion, berbanding tempoh sama pada 2023. Foto TVS

Jumlah dagangan Sarawak meningkat kepada RM147.5 bilion pada 2024

ByConnie Grace

KUCHING, 20 Nov: Jumlah dagangan Sarawak meningkat sebanyak 4.7 peratus daripada RM140.9 bilion kepada RM147.5 bilion, berbanding tempoh sama pada 2023.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pada suku ketiga 2024, perdagangan Sarawak telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

“Pertumbuhan ini menunjukkan peningkatan prestasi perdagangan merentasi sektor ekonomi utama, iaitu sektor pertanian mencatat pertumbuhan tertinggi sebanyak 13%, diikuti oleh perlombongan (6.8%) dan pembuatan (1.3%),” katanya semasa sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Jepun, China, Republik Korea, India dan Thailand merupakan rakan kongsi dagangan utama Sarawak yang melibatkan produk seperti LNG, petroleum mentah, minyak sawit, aluminium dan produk petroleum ditapis.

“Peningkatan ini turut didorong oleh permintaan domestik yang lebih kukuh, dengan nilai barangan penggunaan meningkat daripada RM8.3 bilion kepada RM9.8 bilion.

“Eksport meningkat 5.9 peratus kepada RM99.8 bilion daripada RM94.3 bilion pada tempoh yang sama 2023 serta jumlah import meningkat sebanyak 2.5 peratus, berkembang kepada RM47.7 bilion,” jelasnya.

Tambah beliau, produk utama seperti LNG dan minyak sawit kekal menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan perdagangan negeri ini.

“Ini merupakan langkah positif ke arah pertumbuhan ekonomi mampan, memacu Sarawak ke arah kedudukan yang lebih kukuh dalam arena perdagangan global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan