Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 197 PATI berjaya ditahan dalam operasi yang dijalankan di penempatan rumah kongsi di Tuaran dan Manggatal. Foto TVS

JIM tahan 197 PATI dalam operasi di Tuaran dan Manggatal

KOTA KINABALU: 20 Nov: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 197 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam Operasi Penguatkuasaan yang dijalankan di Tuaran dan Manggatal, hari ini.

Operasi selama lima jam yang berakhir jam 5 pagi itu menyasarkan kawasan tapak pembinaan perumahan yang berkonsepkan penempatan rumah kongsi.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, sepanjang operasi berkenaan, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 207 individu.

Katanya, pihak JIM menahan seramai 195 warga Filipina dan dua warga Indonesia selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Individu yang ditahan melibatkan 51 lelaki dewasa, 54 wanita dan 92 kanak-kanak termasuk seorang bayi.

“Semua yang ditahan berusia lingkungan tujuh bulan hingga 62 tahun dan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Papar untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semasa serbuan dijalankan, terdapat warga asing cuba melarikan diri dan bersembunyi di kawasan semak samun.

Katanya, keadaan jalan berbukit dan curam selain pelbagai helah cuba dilakukan PATI menyukarkan pergerakan pasukan operasi.

“Tindakan PATI memberi risiko keselamatan termasuk berlaku pergelutan dengan pihak berkuasa. Namun keadaan terkawal dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Semua kes akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1) (c) akta yang sama,” katanya.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa serta mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang- undang negara.

Katanya, semua kesalahan ini termaktub mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Sementara itu, SH Sitti Saleha berkata, pihaknya mendapati pola penempatan serbuan dibina secara berkelompok di atas bukit dengan keadaan tanah yang berlumpur.

Katanya, kegagalan dalam menyediakan persekitaran rumah yang kondusif menjadi trend menyebabkan PATI terpaksa membina rumah dengan keadaan sempit dan sesak.

“Keadaan ini akan memberi implikasi negatif kepada kehidupan sosial dan perkembangan hidup kesejahteraan kepada kanak-kanak yang berada di kawasan berkenaan,” tegasnya. – TVS

Tags: JIM, PATI, sabah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan