Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Envato

Indonesia unjur pertumbuhan eksport sehingga 9.6 peratus menjelang 2029

ByBernama

JAKARTA, 19 Nov: Kementerian Perdagangan Indonesia meramalkan penghantaran ke luar negara berpotensi meningkat sehingga 9.6 peratus menjelang 2029, didorong oleh peningkatan perdagangan global, kata seorang pegawainya pada Selasa, lapor Xinhua.

Ketua Agensi Dasar Perdagangan kementerian itu Fajarini Puntodewi berkata eksport Indonesia ke negara-negara yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas sedang menunjukkan trend peningkatan dan dijangka terus berkembang.

“Sasaran eksport adalah antara tuuh peratus hingga 9.6 peratus menjelang akhir 2029,” katanya.

Berdasarkan data Kementerian Perdagangan, eksport kumulatif Indonesia mencapai US$192.85 bilion setakat September tahun ini, mencatatkan kenaikan tahunan sebanyak 0.32 peratus. Puntodewi optimis bahawa sasaran itu akan dicapai memandangkan eksport Indonesia terus mengalami pertumbuhan.

Antara produk eksport utama negara ini ialah minyak sawit, koko, kopi, getah, arang batu, timah, udang, perabot, dan  komoditi-komoditi lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan