Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, membahaskan sesi pengulungan pada Persidangan Hari Kelapan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Yang Kesembilan Belas di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Foto TVS

Hidrogen hijau dijangka sumbang RM3.6 bilion kepada KDNK

ByShafik Ahmad

KUCHING, 20 Nov: Usaha Sarawak untuk menghasilkan 240,000 tan hidrogen hijau setiap tahun menjelang 2028 dijangka meningkatkan pendapatan tambahan kepada wilayah ini.

Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, inisiatif ini dijangka menyumbang antara RM2.5 bilion hingga RM3.6 bilion secara tahunan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak.

Malah kata Premier Sarawak itu, ia sekali gus membuka peluang pekerjaan bergaji tinggi dengan hampir empat kali ganda daripada purata gaji semasa, selaras dengan aspirasi PCDS 2030.

“Pasaran dunia untuk hidrogen hijau semakin kompetitif, negara-negara yang kaya dengan sumber tenaga boleh diperbaharui, seperti India, Australia, Chile, dan Timur Tengah, sedang meletakkan diri mereka sebagai pengeksport utama hidrogen hijau.

“Kami sudah pun merebut peluang berharga ini untuk menjadikan Sarawak pemain utama dalam ekonomi hidrogen, dengan ini negara-negara dengan permintaan tenaga yang tinggi, terutamanya di Asia Timur, sedang bekerjasama dengan Sarawak untuk pengeluaran hidrogen,” katanya.

Langkah ini bukan sahaja memperkukuh sektor tenaga bersih di negeri ini, tetapi juga memberi impak positif terhadap ekonomi Sarawak.

Bahkan menjadikannya sebagai pemangkin dalam mencapai matlamat pembangunan mampan dan kemakmuran jangka panjang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan