MIRI, 20 Nov: Seramai 330 pelajar serta 30 guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Mawar, Jalan Dato Permaisuri, di sini memeriahkan program Hari Kanak-Kanak anjuran syarikat teksi e-hailing antarabangsa, Maxim hari ini.
Jurucakap syarikat itu, Gary Jalilim Chee Hao berkata pihaknya komited memainkan peranan aktif dalam meningkatkan kesedaran keselamatan melalui program komuniti yang melibatkan generasi muda.
Menurutnya program seperti ini penting untuk memastikan kanak-kanak didedahkan kepada aspek keselamatan sejak usia muda.
âHari ini, kami berkesempatan bekerjasama dengan SK Sri Mawar dan Polis Trafik Miri untuk menyampaikan maklumat penting tentang keselamatan kepada pelajar.
âMereka perlu memahami tanda-tanda keselamatan dan peraturan yang relevan supaya dapat menjaga diri mereka dalam pelbagai situasi,â katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.
Gary memberitahu program terbabit merupakan sebahagian daripada inisiatif Maxim untuk memberi impak positif kepada masyarakat setempat.
âKami berharap dapat membawa program kesedaran keselamatan ini ke lebih banyak sekolah, bukan sahaja di Miri tetapi juga di Bintulu, Sibu, dan seluruh Sarawak. Malah, aktiviti serupa turut diadakan serentak di beberapa sekolah di Malaysia Barat,â tambahnya.
Kerjasama erat antara Maxim E-Hailing, pihak sekolah, dan polis tempatan diharap dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan kesedaran keselamatan dalam kalangan generasi muda.
Dengan maklum balas yang memberangsangkan, Maxim E-Hailing optimis usaha mereka mampu mencetus perubahan positif dalam pemikiran generasi muda tentang keselamatan, sambil memperkukuh hubungan syarikat dengan komuniti setempat.-TVS