Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat daerah di Terengganu dilanda banjir iaitu Kemaman, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu, setakat 10 malam tadi. Foto hiasan Envato

Empat daerah dilanda banjir, Terengganu catat peningkatan bilangan mangsa

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 20 Nov: Empat daerah di Terengganu dilanda banjir iaitu Kemaman, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu, setakat 10 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan 212 mangsa daripada 54 keluarga kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding hanya 12 orang di Kemaman pada 6 petang semalam.

Menurut sekretariat itu Kemaman mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 97 orang daripada 22 keluarga yang berlindung di tiga PPS iaitu di Balai Raya Meraga Beris, Dewan Orang Ramai Kampung Labohan dan Sekolah Kebangsaan Kemasik.

“Ia diikuti Hulu Terengganu dengan 53 mangsa daripada 14 keluarga di tiga PPS iaitu di Balai Raya Kampung Kemat, Balai Raya Kampung Cheting dan Balai Raya Kampung Bukit Kolam.

“Di Setiu pula terdapat 49 mangsa daripada 14 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Langkap manakala di Marang sebanyak 13 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di Dewan Sivik Wakaf Tapai,” menurut sekretariat berkenaan.

Kenyataan itu memaklumkan trend bilangan mangsa banjir menunjukkan peningkatan susulan keadaan cuaca yang masih hujan di beberapa kawasan di negeri tersebut.

Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my, paras air dua sungai di Terengganu melebihi tahap amaran dengan trend menaik iaitu Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan