Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penjawat awam negeri Sarawak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan mengikut gaji pokok terakhir bulan November ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

‘Bonus’ dua bulan untuk penjawat awam negeri, RM700 untuk persekutuan

KUCHING, 20 Nov: Penjawat awam negeri Sarawak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan mengikut gaji pokok terakhir bulan November ini.

Mengumumkan berita baik itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembayaran BKK akan dibuat pada Disember depan.

Menurutnya tahun ini telah menyaksikan banyak kejayaan dicapai oleh Sarawak dalam pelbagai bidang.

“Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan komitmen anggota Perkhidmatan Awam Sarawak, sukacitanya saya ingin mengumumkan Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan mengikut gaji pokok terakhir bulan November 2024,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengumumkan BKK sebanyak RM700 seorang secara one-off kepada penjawat awam persekutuan di Sarawak yang akan dibayar pada suku pertama tahun 2025.

Jumlah keseluruhan implikasi kewangan bagi kedua-dua insentif BKK tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM190 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan