Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, 234 projek telah disiapkan dan baki 478 projek masih di dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

712 projek rakyat bernilai RM9.5 bilion telah diluluskan – Uggah

BySteward Dawi

KUCHING, 20 Nov: Sebanyak 712 projek rakyat telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak yang bernilai RM9.5 bilion setakat ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, 234 projek telah disiapkan dan baki 478 projek masih di dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Antara projek yang telah siap ialah menaik taraf lima bulatan kritikal di Samarahan, Projek Tukun Bebola Sarawak Fasa 1, pembinaan bangunan Pertubuhan Peladang Sarawak, projek tebatan banjir dan saliran di Taman Ecopark, Miri, Jambatan Marudi, menaik taraf Tebingan Sungai Limbang Fasa 2, projek pembesaran Kampung Sundar Fasa 2, Lawas, menaik taraf jalan dan saliran di kawasan kediaman Skim Pembesaran Kampung (SPK) Igan dan projek pembangunan Peace Park, Sri Aman,” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Uggah yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru ke-2 menjelaskan, terdapat beberapa projek rakyat yang dijangka akan disiapkan dalam tahun 2025.

“Projek-projek yang dijangka siap ialah Skim Pembesaran Kampung (SPK) di Jelutong, Jepak, pembinaan jalan di Kampung Medong/Lebrasau/Kampung Klid, Dalat Mukah, Projek Bina Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo, Kuching serta Skim Pembesaran Kampung (SPK) di Kampung Hulu Kabong, Betong,” jelasnya.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak akan meneruskan perlaksanaan beberapa projek baharu seperti Ekosistem Digital dan Inovasi Sarawak (SDIE), Jambatan Penakub Ulu, Mukah, pembangunan kemudahan awam di Pusat Pentadbiran Bersepadu Mulu serta beberapa projek lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan