Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 26 spesies baharu katak telah dijumpai di seluruh Sarawak, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto hiasan Envato

26 spesies baharu katak telah dijumpai di Sarawak – Awang Tengah

ByMuqri Aziz

KUCHING, 20 Nov: Sebanyak 26 spesies baharu katak telah dijumpai di seluruh Sarawak, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu mendedahkan, penemuan itu itu adalah hasil penyelidikan lanjutan daripada Kongres Herpetologi Sedunia Ke-10 2024 (WCH10) yang berlangsung pada Ogos lepas.

Katanya, enam daripada spesis baharu katak itu telah diberi nama saintifik.

“Sebagai contoh Limnonectes Muluensis bagi katak yang ditemui di Mulu dan Limnonectes Penrissensis bagi katak yang ditemui di Penrissen manakala baki 20 spesis masih di peringkat Morphological Identification.

“Penemuan spesis baharu ini membuktikan Sarawak kaya dengan kepelbagaian spesies katak dan ia merupakan salah satu daripada petunjuk penting bagi kesihatan ekosistem kerana kepekaannya terhadap perubahan persekitaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Empat lagi spesies dikenali sebagai Limnonectes Dulitensis, Limnonectes Matangensis, Limnonectes Mararapsis dan Limnonectes Sarawakensis.

Dalam perkembangan sama, Sarawak menyasarkan untuk mewartakan kawasan seluas satu juta hektar sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) tahun depan.

Menurutnya setakat ini seluas 874,000 hektar telahpun diwartakan.

“Kerajaan Sarawak telah mewartakan 1.2 juta hektar kawasan perairan sebagai TPA menjadikan jumlah keseluruhan TPA di Sarawak adalah seluas 2.1 juta hektar.

“Bukan itu sahaja, Kerajaan Sarawak juga telah mewartakan kawasan seluas 4.0 juta hektar sebagai Hutan Simpan Kekal daripada jumlah 6 juta hektar yang disasarkan dan satu kawasan Hutan Simpan Kekal yang baharu iaitu Mujong Pila Protected Forest yang berkeluasan 32,812 hektar telah diwartakan,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan