Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan van pekerja dan van sekolah di Batu 15 Jalan Bintulu-Miri malam tadi. Foto JBPM

Seorang maut, kemalangan babitkan van pekerja dan van sekolah

BINTULU, 19 Nov: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan van pekerja dan van sekolah di Batu 15 Jalan Bintulu-Miri di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Sat Rawing berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.06 malam dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa yang maut dalam kejadian itu dikenali Langie berusia 66 tahun, pemandu van sekolah.

“Hasil maklumat yang diperoleh daripada pihak polis di lokasi, jumlah mangsa yang berada dalam van pekerja seramai 9 orang manakala mangsa dalam van sekolah seramai 16 orang.

“Setibanya di lokasi hanya terdapat empat mangsa, tiga mangsa diberi rawatan awal pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang mangsa dari van pekerja, dua orang dari van sekolah dan seorang mangsa dari van pekerja yang berjaya keluar dari kenderaan tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang lain telah dihantar oleh orang awam ke hospital berdekatan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Pihak bomba bertindak mengeluarkan pemandu van sekolah tersepit menggunakan air lifting bag dan rescue tool sehingga selesai.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan