Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak merupakan penyumbang kedua terbesar kepada sektor pertanian di Malaysia. Foto:TVS

Sektor pertanian sumbang RM15 bilion kepada KDNK Sarawak

ByRegina Lee

KUCHING, 19 Nov: Sektor pertanian menyumbang sebanyak 10.6 peratus atau RM15 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak pada 2023.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pencapaian ini mencerminkan keupayaan Sarawak dalam mengoptimumkan potensi sumber daya alamnya untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

“Sektor pertanian merupakan penyumbang keempat terbesar kepada KDNK Sarawak selepas sektor perkhidmatan, pembuatan, dan perlombongan dan kuari.

“Subsektor tanaman mendominasi sektor pertanian Sarawak dengan sumbangan sebanyak 82.1 peratus, diikuti oleh subsektor Perhutanan dan Pembalakan (9.2%), subsektor Ternakan (4.8%), dan subsektor Perikanan (3.9%),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Jelasnya, prestasi sektor tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.0 peratus pada tahun 2023 berbanding 1.8 peratus pada tahun sebelumnya, didorong oleh subsektor tanaman serta subsektor perhutanan dan pembalakan.

Selain itu, subsektor tanaman turut mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.9 peratus manakala subsektor perhutanan dan pembalakan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.2 peratus berbanding tahun 2022.

Untuk rekod, Sarawak merupakan penyumbang kedua terbesar kepada sektor pertanian di Malaysia, dengan sumbangan sebanyak 14.9 peratus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan