Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berucap pada program Advancing an Inclusive & Sustainable Future: Spotlight On Sarawak, di sini, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sektor perbankan perlu ambil peranan aktif sokong projek perubahan iklim

KUCHING, 19 Nov: Sektor perbankan di negara ini digesa untuk lebih aktif memperkenalkan pendekatan inovatif dalam mengatasi cabaran kewangan bagi projek berkaitan perubahan iklim.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata projek ini memerlukan pelaburan tinggi dan teknologi canggih untuk mencapai sasaran sifar karbon bersih menjelang 2050.

“Projek sebegini, risikonya tinggi, ia juga sukar untuk diramalkan. Bagaimanapun, risiko itu tetap akan wujud dan apa yang penting adalah untuk kita menilai dan menguruskannnya dengan bijak.

“Saya percaya, komuniti kewangan dapat mengendalikannya serta mencari pendekatan yang lebih kreatif dan berani.

“Sebagai contoh, menanam pokok bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar tetapi juga dapat memberikan pulangan yang menguntungkan jika kita tahu cara menguruskannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Advancing an Inclusive & Sustainable Future: Spotlight On Sarawak, di sini, hari ini.

Abang Johari menegaskan walaupun kos untuk teknologi hijau pada awalnya tinggi, ia adalah perkara biasa kerana teknologi tersebut masih baharu.

Bagaimanapun beliau optimis dengan peningkatan kajian dan inovasi berterusan, kos tersebut akan dapat dikurangkan pada masa akan datang.

“Kalau kita lihat di Abu Dhabi, pada awalnya mencecah ia mencecah USD40 per megawatt sejam namun selepas sepuluh tahun ia turun kepada hanya USD1.80 dengan kapasiti lebih daripada dua gigawatt.

“Ini menunjukkan bagaimana kemajuan teknologi dapat mengurangkan kos serta meningkatkan keberkesanan dalam jangka panjang,” jelasnya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan